Simposium Bahasa Melayu 2019

Simposium Bahasa Melayu telah diadakan pada 16 Disember 2019 (Isnin) bertempat di Dewan Kuliah A, Kolej Universiti Teknologi Sarawak. Objektif simposium ini adalah untuk mendedahkan keunikan bahasa Melayu daripada pelbagai aspek, meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan bahasa Melayu serta menimbulkan minta dalam kalangan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu. Simposium ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Dr. Zuraini Seruji yang merupakan Timbalan Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan penceramah kedua ialah Encik Jais Sahok yang merupakan penulis kelahiran Sarawak. Dengan hasrat dan harapan, simposium ini mampu menambah ilmu pengetahuan yang berpengalaman tentang bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.