Pementasan Teater

Pementasan Teater

Pementasan teater bagi kelas Bahasa Kebangsaan merupakan salah satu tugasan pembentangan bagi pelajar yang mengambil subjek UCS3412 Bahasa Kebangsaan pada semester 2, sesi 2018/2019. Pelajar dibahagikan kepada 12 kumpulan, setiap kumpulan ditugaskan untuk melakonkan semula teater P.Ramlee. Antara teater yang dipersembahkan ialah Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Ahmad Albab, 3 Abdul, Si Tanggang, Nasib Si Labu Labi & Batu Belah Batu Bertangkup. Pementasan diadakan pada minggu ke 10 sehingga minggu ke 13.